Skip to main content

Budaya Popular

Syarikat Stesen TV Didakwa Tak Bayar Gaji Pekerja, AC Mizal Tampil Beri Respons – “Kami Mempunyai Semua Bukti”

astro_gempak_ac-mizal-respons-stesen-tv-tak-bayar-gaji.png

Malah, AC menjelaskan kenyataan tidak berasas tersebut telah dibuat oleh beberapa bekas pekerja syarikat yang telah ditamatkan perkhidmatan.

“Saya nak nyatakan kenyataan fitnah tersebut disebarkan oleh beberapa bekas staff yang antaranya telah ditamatkan perkhidmatan oleh syarikat kerana didapati melanggar syarat-syarat perkhidmatan dengan syarikat.

Sehubungan dengan itu, AC memaklumkan dia dan syarikatnya telah mengambil tindakan undang-undang terhadap individu-individu tersebut.

“Saya telah mengarahkan peguam saya dan syarikat untuk ambil tindakan undang-undang serta merta terhadap individu terbabit berkenaan penularan fitnah ini.

“Saya serahkan kepada proses undang-undang mahkamah dan keadilan negara kita,” jelasnya.

Harap Henti Sebarkan Fitnah

Terbuka membincangkan isu tersebut, AC berharap segala fitnah dan dakwaan tidak benar dapat dihentikan.

“Saya mohon semua berfikir secara tenang, hentikan segala fitnah dan cerita yang tak berasas dan fakta yang sebenar.

“Kami sentiasa terbuka untuk berbincang dengan mana-mana pihak sekiranya ada sebarang isu asalkan kita guna saluran yang betul.

“Jangan menyalahgunakan media sosial untuk kepentingan tertentu,” tutupnya.

Terdahulu, tular di media sosial apabila ada individu yang mendakwa sebuiah stesen televisyen milik pengacara popular mempunyai tunggakan bayaran gaji dan caruman terhadap pekerja.

Must-Watch Video

Advertisement