Skip to main content

Budaya Popular

Tahun 2024 Sarat Cabaran, Pablo Amirul Tetap Bersyukur Kerjaya Lakonan Masih Relevan

astrogempak_pablo_amirul_2024_tahun_mencabar.jpg

Pelakon, Pablo Amirul meluahkan perasaan terharu dan sedih apabila dia menyatakan 2024 adalah tahun yang memberi impak buat dirinya.

Menerusi perkongsian di Thread, Pablo atau nama sebenarnya Amirul Hisyam Mohd. Sakri, 39, mengakui tahun 2024 merupakan tahun yang penuh dengan cabaran dalam kehidupannya. Walaupun menghadapi kesulitan, dia tetap bersyukur kerana kerjaya lakonannya masih lagi relevan sehingga ke hari ini. 


Setelah lebih dari satu dekad berkecimpung dalam industri lakonan, pelakon yang terkenal dalam filem Polis Evo itu berharap tahun 2025 akan membawa lebih banyak peluang untuk dirinya terus berkembang dan menjadi seorang anak seni yang berjaya.

 

 

“Kehilangan beberapa individu tahun ini banyak mengajar Pablo erti kehidupan dan menghargai setiap waktu serta orang-orang di sekitar Pablo”, luahnya. 


Sekadar info, Pablo Amirul merupakan seorang pelakon, model, dan pelagak ngeri Malaysia. Dia memulakan kerjaya dalam industri hiburan sebagai pelakon tambahan dan model sambilan. 

Pablo yang terkenal dengan peranan antagonis dan telah membintangi beberapa filem besar yang berjaya, antaranya Abang Long Fadil (2014), Polis EVO (2015), dan Air Force The Movie: Selagi Bernyawa (2022).
 

BERITA TRENDING: Marsha Milan Tekad Utamakan ‘Self-Love’ Pada Tahun Baru

BERITA TRENDING: Bawa ‘Anak’ Naik Pentas, Aina Abdul Luah Rasa Syukur Dapat Atasi Rasa Takut Terhadap Kucing - “Dulu Saya Tak Boleh Relate”

BERITA TRENDING: Masih Teruskan Rawatan, Ryzal Jaafar Harus Ulang-Alik Hospital Enam Bulan Sekali - “Apa Yang Berlaku Hanyalah…”

BERITA TRENDING: Terpaksa Makan Ikan Sebab Berpantang, Syasya Rizal Rindu Nak Minum Teh Ais

Must-Watch Video

Advertisement