Skip to main content

Budaya Popular

Tak Kecewa, Lebih Gembira Ramai Kenali Aisha Retno Selepas Kontroversi Pembatalan Konsert - "Banyak Rezeki Terbuka"

whatsapp-image-2024-12-02-at-11-55-41-am.jpeg

Tidak terbit rasa kecewa bagi penyanyi muda Aisha Retno sejurus terpalit kontroversi pembatalan konsertnya baru-baru ini.

Malah, kata Aisha, dia lebih gembira kerana kini lebih ramai yang mengenalinya terutama penganjur-penganjur acara besar sekali gus membuka ruang rezeki baharu buatnya.
 
"Alhamdulillah orang lebih mengenali saya dan banyak rezeki yang terbuka untuk saya selepas itu. Contoh Disember ini sepatutnya saya akan pergi bercuti tetapi tiba-tiba saya dapat offer.
 

 

"Apa yang berlaku sebelum ini saya akan jadikan motivasi untuk diri saya. Saya tidak akan patah semangat atau kecewa," katanya.

 
Untuk rekod, konsert Aisha yang dijadualkan berlangsung pada 16 November lalu anjuran Kharisma Music International telah dibatalkan ekoran tiada sambutan memberangsangkan.
 
Penyanyi yang juga penganjur konsert Yuka Kharisma menjelaskan dia pernah bersua dengan Aisha bagi membincangkan hala tuju konsert berkenaan.
 
Menurutnya jumlah tiket yang terjual hanya 98 tiket daripada lebih 2,000 tiket ditawarkan kepada audiens.

Must-Watch Video

Advertisement