Skip to main content

Budaya Popular

Tak Mahu Panjangkan Isu, Aisha Retno Sedia Berdamai Dengan Yuka Kharisma - “ Saya Bersedia Untuk…”

astrogempak_yuka.png

Penyanyi, Aisha Retno menyatakan dia bersedia untuk bersemuka bagi memaafkan dan memohon maaf kepada pihak penganjur, Kharisma Music International berhubung isu pembatalan Konsert Aisha Retno Malam Sutera.

Menurut Aisha, dia tidak mahu lagi  memanjangkan isu dan hanya mahukan ketenangan dalam meneruskan karier seninya.

“Saya bersedia untuk bermaafan dengan pihak sana, kalau pihak sana hubungi saya sudah pasti saya  akan jawab. Saya hanya mahu memudahkan kerja kedua-dua pihak,” kata Aisha.

Aisha berkata demikian ketika ditemui di pelancaran lagu terbaharu XONE berjudul Langgar yang diadakan di sekitar ibu kota, pada Jumaat.

Pelantun lagu Samudera ini juga menyatakan dia tidak mahu menunding jari kepada satu pihak sahaja berhubung kesnya ini.

Must-Watch Video

Advertisement