Skip to main content

Viral

Tak Nak Manjakan Diri, Datin Seri Shahida Keluar Bekerja Selepas Seminggu Bersalin! - "Kena Banyak Gerak Supaya Darah Lancar, Bukan Baring Je"

sekadar-gambar-hiasan-2023-05-17t013703-674.png

Isteri kepada usahawan popular Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahida enggan menjadikan pantang sebagai alasan untuk 'manja' dan tidak bekerja.



Jelas Shahida, terdidik sebagai usahawan yang terbiasa bekerja, beliau akui perlu memenuhi komitmen kerjaya untuk keluar rumah selepas seminggu bersalin.

"Sebenarnya daripada anak sulung lagi saya tak nak manjakan diri, apabila orang berniaga ni tak sama dengan orang kerja makan gaji. Kena pemantauan rapi, sama juga kalau kat rumah pun kejap-kejap saya datang office.

"Komitmen makin tinggi, anak makin ramai. Kalau boleh tujuh hari pun masuk office terus," ujarnya.

Must-Watch Video

Advertisement