Pelakon dan penyanyi Linda Rafar memberitahu tidak mempunyai masalah dengan pihak sebuah hospital di Shah Alam.
Menerusi posting terbaharu di akaun Instagramnya, Linda memberitahu tidak pernah bergaduh dan kedatangannya di hospital itu untuk memberikan sumbangan juga disambut dengan ceria.
“Setiap hari ini lah tempat yang Linda serta adik-beradik datang setiap hari untuk jaga arwah mak.
“Sempena hari kelahiran Linda 11/2/1978 dengan rasa rendah hati ingin memberi tahu kepada semua masyarakat serta netizen kat luar sana yang Linda tidak pernah ada apa-apa masalah dengan pihak hospital sec7 Shah Alam.
“Kami tidak pernah bergaduh atau saman menyaman. Apa yang berlaku di luar sana adalah pihak yang menanguk di air yang keruh (cukup lah itu yang Linda ingin jelas kan)
“Syukur Alhamdulilah kedatangan Linda pada petang tadi di sambut dengan penuh keceriaan. Segala keikhlasan, tujuan serta niat adalah untuk di sedekahkan pahala ini khas untuk arwah mak (Rasimah binti Abd rahman),” coretnya.
Viral
“Tak Pernah Gaduh Atau Saman Menyaman” - Linda Rafar Tak Ada Masalah Dengan Pihak Hospital