Skip to main content

Berita Tempatan

"Tak Pernah Terbayang Pun" - Aaron Aziz Tak Rasa Nak Ada Isteri 'Tambahan'

aaron1.jpg

Pelakon Datuk Aaron Aziz tidak pernah terdetik untuk mempunyai keinginan memiliki isteri lebih daripada seorang.
 
Bahkan, bagi Aaron atau nama sebenarnya, Aaron Mustapha Aziz, 44, cukuplah dia kini dikurniakan seorang isteri sahaja dalam hidupnya.
 
"Tak pernah terbayang pun. Saya sendiri tak boleh bayang macam mana orang boleh urus isteri kalau ramai.
 
"Yang ada seorang isteri ini pun dah 'sibuk'. Tak pernah terfikir ke situ sekali, tak pernah terfikir apalah rasanya ada isteri lebih, bahkan tak terfikir boleh ke (ada isteri lebih)," katanya kepada Gempak.
 
Begitupun, kata Aaron, dia akan muncul dengan telefilem berjudul 6 Hari yang menampilkan dirinya sebagai seorang suami yang mempunyai tiga orang isteri.
 
"Dalam cerita itu, saya memegang watak Ismal yang mana isteri ketiga saya dilakonkan oleh Lisa Surihani.
 
"Kisahnya apabila isteri ketiga itu tidaklah sebaik seperti yang disangkakan pada mulanya kerana ada kisah lampaunya," katanya.

Must-Watch Video

Advertisement