Desas-desus mengenai rumah tangga Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan dan dua isterinya, Ain Afini serta Hana Azraa yang dikatakan sedang retak pernah menjadi bualan beberapa bulan lalu.
Menerusi laporan Gempak pada Oktober, Abu Sufyan atau PU Abu mengaku yang dia dan dua isteri bakal membawa haluan masing-masing.
PU Abu berkata, seperti apa yang dikongsikan di media sosial, dia dan dua isteri bersepakat mahu membawa haluan masing-masing akibat kemelut rumah tangga yang dihadapi hampir enam tahun.
Namun, lain pula ceritanya apabila Hanna dilihat memuat naik sepotong video di Instagram yang memperlihatkan dirinya mengunjungi sebuah pusat perubatan di Kedah.
BERITA TRENDING: Baby Shima Failkan Saman, Ini Respons PU Syed - “Adakah Ini Satu Musibah Atau Anugerah Yang Allah…”
Sebelum itu, Hana yang pernah bergelar ibu tunggal dan memilki seorang anak perempuan, Afifah Aisyah hasil daripada perkahwinan pertama.
Sumber: Instagram
