Pelakon Syatilla Melvin tidak mengambil masa yang lama untuk mendedahkan wajah bayi ketiganya yang baru sahaja dilahirkan pada Isnin.
Menerusi laman sosial Instagram, Syatilla atau lebih mesra disapa sebagai Tilla berkongsi foto wajah bayi perempuan yang baru berusia beberapa hari kepada tatapan umum.
Isteri kepada aktor Shaheizy Sam itu juga turut mendedahkan nama yang diberikan buat puterinya iaitu Salama Samheizy.
“Salam semua. Mempersembahkan hasil menuai kami yang ketiga.
“Salam Samheizy binti Shaheizy Sam. 3.05 kilogram. Keluar ikut tingkap. Dagu tetap,” tulisnya di bahagian kapsyen.
Sementara itu di ruangan komen, ramai rakan selebriti dan peminat memuji wajah comel Salama yang menyerupai raut kakaknya, Sarima.