Skip to main content

Viral

Tanggalkan Capal Ketika Mesyuarat, Penampilan Anwar Ibrahim Jadi Tumpuan Netizen

capal.jpg

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mencuri tumpuan netizen selepas gambar-gambarnya menghadiri mesyuarat bersama Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali viral di media sosial.

Menerusi satu ciapan di Twitter, beliau memuat naik beberapa keping foto yang memperlihatkan dirinya menggayakan persalinan baju Melayu berona ungu, lengkap dengan samping dan songkok.

Selain itu, beliau turut menyarungkan sepasang capal ketika menghadiri mesyuarat berkenaan.
 

Memulakan tugas di Putrajaya pagi ini dengan mempengerusikan mesyuarat bersama Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali. Turut serta dalam mesyuarat ini adalah pegawai-pegawai tertinggi kerajaan. #DemiPertiwi pic.twitter.com/CIszXp4xmZ

Must-Watch Video

Advertisement