Skip to main content

Budaya Popular

Taufiq Hanafi Kongsi Resume Cari Kerja Buat Netizen Terkejut – “Padu Ni, Job Nanti Mesti Berduyun Masuk”

gempak-main-image_27.png

Menerusi perkongsian di platform X, Taufiq atau nama sebenarya Mohamad Taufiq Mohd Hanafi memuat naik resume dirinya secara terbuka di media sosial.

Kata pelakon filem Malbatt: Misi Bakara itu, dia berbuat demikian kerana mahu mencuba nasib untuk mendapatkan tawaran lakonan pada tahun ini.

Dalam resume tersebut, memaparkan info peribadi dirinya, kemahiran yang dimiliki serta hasil-hasil kerja lakon yang pernah dijayakan Taufiq.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian Taufiq itu.

Rata-ratanya meluahkan rasa teruja apabila pertama kali melihat resume seorang pelakon, malah ada juga yang menyangka perkongsian tersebut untuk mencari jodoh.

“First time saya tengok resume atau portfolio seorang pelakon bang. Amazing,” tulis seorang netizen.

“Bang saya ingat ni tweet cari jodoh. Sorry bang semoga dipermudahkan segala urusan,” komen netizen lain.

“Oh cari kerja, ingatkan cari jodoh tadi. Terkejut jap,” komen netizen lagi.

Dalam pada itu, warganet turut mendoakan agar Taufiq diberikan rezeki tawaran berlakon serta terus sukses dalam kerjaya anak seni.

“Semoga ada rezeki untuk awak! Tengok abang ni berlakon mantap, mesti boleh pergi jauh,” doa netizen.

“Resume padu ni, job nanti mesti berduyun masuk,” komen netizen lain.

Must-Watch Video

Advertisement