Penyanyi dan komposer popular, Hael Husaini mencuri perhatian peminat apabila mengumumkan bakal menganjurkan konsert sulungnya bertajuk Hael Husaini & Repertoire yang dijadual berlangsung pada Ogos ini.
Namun, apa yang lebih menarik perhatian bukan sekadar pengumuman konsert tetapi bayangan misteri yang diberikan Hael mengenai dua penyanyi undangan yang bakal memeriahkan malam istimewa itu.