Skip to main content

Viral

Terlepas Konsert Billie Eilish, Nabil Rugi Lima Tiket Bernilai RM2,540 - “Memang Allah Tak Izin..”

nabil-lupa-konsert-billie-eilish.jpg

Pelawak dan penyampai radio Nabil Ahmad mencuri perhatian ramai apabila terlupa menghadiri konsert penyanyi antarabangsa Billie Eilish yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Khamis. 

Menerusi laman sosial Instagram Era, Nabil kelihatan terkedu sambil terduduk pada pagi tadi setelah mengetahui tarikh konsert adalah pada Rabu. 

“Wehh aku salah date! Memang Allah tak izinkan, senang cite. Kelakar la yang,” kata Nabil sambil menelefon isterinya, Nazira Ayub. 

Menerusi perkongsian berdurasi lebih satu minit itu, Nabil kelihatan pasrah membeli lima keping tiket berharga RM508 untuk isteri dan anak-anaknya. 
 

Must-Watch Video

Advertisement