Skip to main content

Berita Tempatan

TikToker Ali Abulaban Rasa Tidak Adil Dipenjara Seumur Hidup Kerana Tembak Isteri

astro-gempak_ali-abulaban_tidak-_adil_tembak_isteri.jpg

Bekas TikToker Ali Abulaban dipenjara seumur hidup selepas didapati bersalah menembak mati isteri dan rakan lelakinya hanya kerana menyangka mereka menjalinkan hubungan sulit.

Abulaban melakukan jenayah tersebut pada Mei lalu selepas mengaku tidak boleh berhenti menembak Rayburn Barron, 29, dan isterinya, Ana Abulaban, 28, pada hari kejadian.

Barron telah ditembak sebanyak tiga sebelum Abulaban menembak isterinya di kepala di kediaman mereka di San Diego, lapor People.


Akibat perbuatan yang disifatkan hakim, Jeffrey Fraser sebagai penting diri dan melakukan jenayah dalam keadaan waras, Abulaban dijatuhi hukuman penjara seumur hidup tanpa pembebasan bersyarat.


Abulaban bagaimanapun menyifatkan keputusan mahkamah memenjarakan dirinya seumur hidup sebagai tidak adil.

Dia malah berasa dirinya layak mendapatkan pembebasan bersyarat.

“Dipenjara seumur hidup seperti menghantar saya ke neraka. Saya rasa ini tidak adil,” katanya kepada mahkamah.


Terdahulu Abulaban mengesyaki isterinya menjalin hubungan sulit selepas mendengar suara lelaki iaitu Barron yang merupakan rakan wanita itu secara curi menerusi alat yang dipasang pada iPad anaknya di rumah.

BERITA TRENDING: Nani Roslan Jadi Emosi Baca Komen Ibu Bapa Pertahankan ‘Abang Bas’ - “Berapa Ramai Rakyat Malaysia Yang Mempunyai Nafsu Terhadap…”

BERITA TRENDING: Emma Maembong Kongsi Pengalaman Kena Rasuk, Dakwa Disantau Peminat Melalui Gambar - “Saya Terus Meracau, Mengilai, Muka Basah & Menjerit”

BERITA TRENDING: Catriona Ross Luah Rasa Syukur, Anak Autisme Kini Miliki MyKad - “Mommy Sebak, Kami Membayangkan…”

BERITA TRENDING: “Dulu Saya Memang Terfikir Mengapa Allah Berikan Saya Ujian Sebegini, Apa Salah Saya” - Nurul Shuhada


Sebulan sebelum dibunuh, Ana membuat laporan polis kerana mendakwa telah didera lelaki tersebut.

Dia juga diketahui telah meminta cerai daripada Abulaban sebelum akhirnya mati ditembak.

Must-Watch Video

Advertisement