“Saya tidaklah mempunyai banyak drama dalam setahun, ini pun sebab saya bercuti lama, jadi sebab tu saya pilih betul-betul naskah yang saya mahu lakonkan agar peminat saya tidak kecewa,” katanya kepada Gempak.
“Saya tahu mungkin ada yang takut nak berikan saya watak jahat kerana takut penonton tak boleh terima.
“Tambah pula saya selalu bawa karakter yang lembut dan baik tiba-tiba bawa watak jahat penonton akan marah. Tapi bagi saya peluang terutamanya peminat-peminat saya.