Skip to main content

Budaya Popular

Tony Eusoff Teringin Jadi ‘Orang Kampung’ - “Saya Nak Sangat…”

astrogempak_tony_eusoff_watak_orang_kampung.jpg

Pelakon, Tony Eusoff menzahirkan keinginan untuk melakokan watak sebagai orang kampung.

Jelas Tony atau nama sebenar Anthony Joseph Hermas Rajiman, 48, dia melihat watak itu lebih santai berbanding karakter yang dibawa sebelum ini.

“Saya nak sangat bawa watak orang kampung. Boleh tak bagi aku watak itu.

 
“Saya pula jenis orang yang kuat berpeluh, selalu dapat watak ‘mat korporat’,” katanya.

Sementara itu, Tony turut menerima pujian daripada pelakon, Datuk Rosyam Nor atas penguasaan bahasa Melayu yang sangat baik.

Menurut Tony, sebelum ini dia hanya mempraktikkan bahasa Melayu di sekolah sahaja.

“Saya bermula daripada sekolah cina. Tapi boleh bertutur saja. Masuk sekolah kebangsaan dan menengah saya tidak ambil aliran cina lagi. 

“Di Sarawak, kami cakap bahasa Melayu Sarawak. Saya hanya akan guna atau pratikkan bahasa Melayu semasa di sekolah,” kongsinya. 
 
Berkongsi lebih lanjut, Tony mendedahkan subjek Bahasa Melayu yang diambil semasa Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hampir gagal kerana kurang menggunakan bahasa tersebut.

Must-Watch Video

Advertisement