Melaka sememangnya kaya dengan pelbagai sejarah yang boleh diterokai di setiap pelosok negeri menjadikan ianya salah satu destinasi paling diminati pelancong.
Bagaimanapun, Melaka tidak hanya dilawati atas dasar sejarah semata-mata, sebaliknya negeri itu juga terkenal dengan keindahan bandar yang sentiasa meriah tanpa mengira masa.
Oleh itu, sempena tahun melawat Melaka 2024, negeri itu telah melangsungkan Pesta Lampu besar-besaran bermula 15 Disember 2023 sehingga 18 Februari 2024.
Acara yang diberi nama Luna Lights Wonderland 2.0 itu bertempat di Melaka Wonderland, Ayer Keroh, di mana pengunjung boleh menikmati taman dihiasi lampu LED terbesar di Malaysia.
Taman yang dihiasi 1.4 juta biji LED itu juga mempunyai pelbagai tempat menarik boleh dilawati pelancong seperti Terowong 'LOVE', Aurora River, ruang picnic LED, Terowong 'STARWARS' dan banyak lagi.
