Skip to main content

Viral

#TravelMana: Pemuda Ini Sanggup Terbang Ke Jakarta Untuk Pengalaman Dikejar Zombi ‘Train To Busan’, Memang Seram!

travelmana-zombi.jpg

Media sosial menjadi salah satu punca terbesar kita sering terpengaruh dengan sesuatu perkara. Daripada melihat content seseorang, kita boleh ter ‘racun’ dan mahu menikmati perkara yang sama. 

Selain ter’ racun’ membeli barangan atau mencuba makanan tular, seorang pemuda ini sanggup terbang ke negara jiran Indonesia untuk menikmati pengalaman dikejar zombi! 

Tular kini di Jakarta, Indonesia apabila ada satu tarikan terbaharu, Train To Apocalypse yang diinspirasikan daripada filem seram terkenal Korea, Train To Busan. 

Pemuda yang dikenali sebagai @airieysayuti20 ini merasai pengalaman dikejar zombi di sebuah stesen keretapi dan sempat merekodkan sebuah rakaman video untuk tatapan umum. 

Menerusi perkongsian tersebut, pengunjung dibawa menaiki sebuah keretapi MRT dan kemudian berhenti di stesen yang terbengkalai terpinggir. 

Di sana, mereka perlu mencari jalan keluar apabila dikejar oleh zombi yang menantikan kehadiran manusia. 
 

Must-Watch Video

Advertisement