Skip to main content

Budaya Popular

Tulang Belakang Leher Patah Terjatuh Di Tandas, Mak Engku Akan Jalani Rawatan Ambil Tulang Sum-Sum

whatsapp-image-2024-11-19-at-11-03-37-am.jpeg

Pelakon veteran Ku Faridah Ku Shafie atau mesra disapa Mak Engku masih dirawat di Hospital Sungai Buloh kerana mengalami kecederaan patah tulang leher.

Hal itu dikongsikan pelakon Sharifah Sahora menerusi laman instagram miliknya pada Isnin.
 
Menurut pelakon itu, Mak Engku, 72, dimasukkan ke hospital kerana mengalami kesakitan akibat terjatuh dalam bilik air, awal bulan lalu.
 
Kongsinya lagi, Mak Engku telah dimasukkan ke hospital sejak 10 hari lalu.
 

 
Sebelum ini, Sharifah Sahora dilihat menziarahi aktres berkenaan bersama pelakon Datin Nina Juren dan Pengarah Hadith Omar.
 
Menjengah diruangan komen Sharifah Sahora, ramai kenalan artis yang mendoakan Mak Engku Supaya cepat sembuh.
 
Difahamkan pelakon veteran itu juga terpaksa mencuba pelbagai rawatan termasuklah mengambil tulang sum-sum yang dijangka akan dilakukan pada minggu depan.

Must-Watch Video

Advertisement