Skip to main content

Trend Pasaran

Tular Vape Bentuk Seperti Pen Marker & Gam Uhu Dijual Kepada Pelajar … Ibu Bapa & Guru Diminta Pantau!

astro_gempak_vape-bentuk-alat-tulis-tular.png

Menerusi perkongsian di platform X, laman advokasi kesihatan Public Health Malaysia (PHM) berkongsi mengenai lambakan bentuk vape yang menggelirukan pengguna yang dijual berleluasa di pasaran.

Antara reka bentuk vape yang dijual adalah seperti marker pen dan gam popular.

Sebubungan dengan itu, PHM meminta ibu bapa dan guru memantau rekaan rokok elektronik tersebut yang dijual kepada anak muda terutama pelajar.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata pengguna media sosial menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan proaktif bagi mengekang penjualan vape tersebut sekali gus membanteras budaya kurang sihat terhadap pelajar terumatanya.

Sebelum ini, media melaporkan vape atau rokok elektronik yang menyerupai alat permainan kanak-kanak bebas dijual di pasaran sehingga mengundang kebimbangan ramai.

Must-Watch Video

Advertisement