Pendakwah bebas, PU Amin meluahkan rasa bimbang apabila melihat pergaulan bebas di kalangan anak muda semakin berleluasa.
Menganggap perbuatan maksiat sebagai barah, PU Amin telah menitip pesanan menerusi hantaran di Instagram (IG) beliau, merujuk kepada video sekumpulan remaja sedang menari mengikut rentak muzik di dalam kolam mandi sebuah pusat peranginan popular di Kuala Lumpur.
Selain pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan, PU Amin turut menegur tentang SOP di tempat sesak.
“Mantap anak muda, berjoget-joget, bersukaria bagai Covid itu sudah tiada, itu yang pertama. Yang kedua, bagaikan tuhan itu tiada mata, bagaikan siksa dan azab neraka tidak wujud selamanya!
“Syabas anak muda orang Melayu Islam kita, hahaha. Esok kalau berlaku lagi masalah-masalah yang tuhan turunkan kepada kit aitu sebab kita punya dosa la tu.
“Seronok ooo berjoget-joget, suka tu. Ya Allah, itulah…Pihak berkuasa tolonglah ambil tindakan segera, SOP tak patuh berjoget ramai-ramai macam tu dalam air pulak.
“Mazhab mana ni? Takkan tak sekolah setengah tahun perangai teruk berubah macam tu? Ni apa cerita,” tempelaknya.
Viral
Tular Video Berjoget Dalam Kolam, PU Amin Selar Kumpulan Remaja – “Mantap Anak Muda, Berjoget-Joget Bagai Covid Itu Sudah Tiada…”