Skip to main content

Viral

Tun Mahathir Positif COVID-19, Kini Dirawat Di IJN

tunm_header.jpg

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan positif jangkitan COVID-19 pagi ini.

Dalam satu kenyataan ringkas oleh pejabat beliau di laman media sosialnya, Ahli Parlimen Langkawi itu telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) bagi tujuan pemantauan selama beberapa hari.

Kenyataan Pejabat Dr Mahathir itu turut menyebut bahawa tindakan itu dibuat berdasarkan nasihat pasukan keselamatan beliau.
 

KENYATAAN

YABhg Tun Dr Mahathir bin Mohamad disahkan positif Covid-19 pagi ini.

Dr Mahathir telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk pemantauan buat beberapa hari seperti yang dinasihatkan oleh pasukan kesihatan.

PEJABAT DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
31 Ogos 2022 pic.twitter.com/b2tgrpoaCQ

Must-Watch Video

Advertisement