Menurut Uncle Mike atau nama sebenarnya Michael Tong Wai Siong, 55, pasukannya turut memberi bantuan kepada yang memerlukan dan menganjurkan beberapa aktiviti di sepanjang laluan LTdL.
“Di sekolah juga kami adakan pertandingan sorakan kampung dari peringkat 1 hingga 6 semua sekolah yang bertanding bakal memenangi hadiah wang tunai.
“Jadi kami teruja dengan semangat orang semenanjung sepanjang laluan LTdL ini, semua beri sokongan tak kira bangsa, Inilah perpaduan rakyat Malaysia yang kita ada,” ujarnya kepada Astro Arena.
Jelajah LTdL kini berbaki satu sahaja peringkat dengan barisan pelumba dijadualkan mengelilingi daerah Bintulu sejauh 147.5km hari ini.
Untuk info, Uncle Mike mula mejadi perhatian apabila tular kerana kesudiannya menjaga tiga anak angkat lelaki Melayu beragama Islam yang juga yatim piatu selama 16 tahun.
Lebih membanggakan, Uncle Mike juga menerima Anugerah Maulidur Rasul pada tahun ini yang disampaikan oleh Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.