Skip to main content

Viral

URUS Bantu Meringankan Masalah Kewangan Kepada Golongan B50 Yang Terjejas Akibat Pandemik Covid-19

bnm1.jpg

Kesan pandemik masih dirasai sehingga kini mengakibatkan ramai lagi peminjam belum pulih seperti sediakala dan gagal meneruskan bayaran balik pinjaman mereka. Ini termasuk peminjam daripada kumpulan B50, terutamanya yang hilang pekerjaan sekaligus kehilangan punca pendapatan.

Untuk meringankan beban kumpulan peminjam ini, pihak bank telah bekerjasama dengan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk menawarkan skim baharu yang dinamakan URUS (Program Pengurusan & Ketahanan Kewangan).



Apa itu URUS?
URUS merupakan pakej bantuan holistik yang bukan sahaja membantu peminjam membuat bayaran balik pinjaman mengikut kemampuan mereka, malah peminjam juga mendapat manfaat nasihat pengurusan kewangan yang boleh meningkatkan daya tahan kewangan mereka dalam jangka masa panjang.

Di bawah program ini, peminjam akan diberi pelan kewangan peribadi yang mengambil kira keadaan kewangan dan peminjam untuk membayar semua tanggungan kewangan anda.

Sokongan yang disediakan oleh URUS akan memberi ruang kelegaan serta peluang kepada peminjam untuk mengukuhkan kembali keadaan kewangan mereka.



Skim ini terbuka kepada pelanggan individu, berdasarkan permohonan, yang berada di bawah program bantuan bayaran balik seperti Bantuan Bayaran Balik Bersasar, PEMERKASA Plus, PEMULIH, penjadualan dan penstrukturan oleh bank masing masing dan seumpamanya, pada 30 September 2021, dan memenuhi kriteria berikut:

Must-Watch Video

Advertisement