Skip to main content

Viral

Usaha Dapatkan Anak Kedua, Misha Omar Jalani Rawatan Kesuburan

misha-omar-anak-kedua.jpg

Penyanyi Misha Omar mengakui sedang menjalani rawatan kesuburan di sebuah pusat perubatan dalam usaha untuk mendapatkan cahaya mata kedua.

Misha menerusi perkongsian di Instagram(IG)nya berkata, dia sudahpun memulakan langkah pertama dengan membuat ujian hormon Anti-Mullerian (AMH) bagi mengetahui tahap keseuburanya sebelum meneruskan rawatan yang sesuai.

Misha turut menggunakan tanda pagar #menjejakkhadeja dalam usahanya untuk mendapatkan anak perempuan.

Dalam masa sama, Misha mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah memberikan kata-kata positif dan menitip doa buatnya.

Tambah Misha lagi, dia akan turut berkongsi ilmu dan tips kesuburan wanita sepanjang proses rawatannya itu.

“Assalamualaikum, kawan-kawan Kak Mitch yang sangat baik hati. Terima kasih kerana kalian sangat bermurah hati memberikan perhatian, respon yang sangat baik dan positif melalui kata-kata titipan doa buat kak Mitch berkenaan #menjejakkhadeja.

Misha juga mempunyai seorang anak angkat lelaki bernama Muhammad Adam Emir, 15 tahun.


 

Must-Watch Video

Advertisement