Umurnya sudah mencecah 53 tahun. Tetapi raut wajahnya seperti tidak dimamah usia. Begitulah deskripsi yang tepat menggambarkan pelakon cantik Datin Maria Farida.
Setiap kali dirinya muncul di layar kaca, pasti ada antara netizen yang terpegun dengan penampilannya yang sentiasa muda.
Terbaharu, menerusi video yang dimuat naik oleh usahawan selebriti Datuk Sri Vida, ramai antara netizen yang memuji kecantikan serta penampilan Maria Farida.