Pesohor Hollywood, Victoria Beckham menyambut ulang tahun ke-50 pada 17 April 2024.
Dan isteri David Beckham tersebut menyambut usia emasnya itu dengan cukup bergaya apabila disambut meriah menerusi sebuah parti oleh keluarga dan sahahat di London.
Namun hal yang paling menarik perhatian adalah kehadiran seluruh anggota kumpulan yang telah membuat Victoria menjadi terkenal iaitu Spice Girl.
Malam hebat
Victoria atau dikenali sebagai Posh Spice kemudian dilihat berkongsi foto terkini mereka berlima.
Dia yang kini terkenal juga sebagai pereka fesyen menyifatkan kehadiran kesemua anggota Spice Girl adalah hadiah terhebat yang diperoleh pada usia 50 tahun.
“Malam terhebat! Selamat ulang tahun buat saya. Saya sayang anda semua! #SpiceUpYourLife',” tulisnya.