Legenda sukan badminton negara, Datuk Wira Lee Chong Wei memang cukup sinonim dengan ‘lawannya’, bekas pemain badminton, Lin Dan.
Ketika masih aktif, seteru atas gelanggang ini kerap kali mencetuskan bimbang dalam kalangan peminat badminton setiap kali beraksi menentang satu sama lain.
BACA: "Ini Untuk Malaysia" - Patung Lilin Atlet Negara Pertama Lee Chong Wei Bakal Sebaris Cristiano Ronaldo & David Beckham
Namun, itu hanya kisah atas gelanggang. Hubungan antara Chong Wei dan Lin Dan boleh dikatakan akrab dan hal ini boleh dilihat menerusi sebuah video TikTok yang viral baru-baru ini.
Menerusi video berkenaan, Chong Wei dilihat mengajar Lin Dan bagaimana untuk bertutur dalam bahasa Melayu.
Viral
[VIDEO] “Aku Cinta Kamu”... Netizen Geli Hati Bila Lee Chong Wei Ajar Lin Dan Cakap Bahasa Melayu
