Skip to main content

Viral

[VIDEO] Bumi Dah Selamat, Kapal Angkasa Bersaiz 'Mesin Gedegang' Berjaya Hentam Asteroid Dimorphos

minimal-aesthetic-business-name-facebook-cover-(65)_2.png

Ujian itu diadakan bagi mengetahui keupayaan manusia untuk menghalang objek kosmik daripada merosakkan kehidupan di bumi.

Hentaman itu berlaku pada jam 7.14 malam waktu Lauren, iaitu kira-kira lebih 10 bulan selepas kapal angkasa yang dikenali sebagai projek Ujian Pengalihan Asteroid Berganda atau DART berlepas dari California, AS untuk menjalankan eksperimen pertamanya.

Pengarah Bahagian Sains Planet NASA, Lori Glaze berkata perkara itu membuktikan masyarakat dunia sudah bersedia melindungi diri daripada asteroid yang berbahaya.

"Kami memulakan era baharu. Era di mana kami berpotensi mempunyai keupayaan untuk melindungi diri kami daripada sesuatu seperti kesan asteroid yang berbahaya," lapornya kepada AFP.

Dalam pada itu, NASA turut berkongsi sebuah video di laman Twitter ketika momen bersejarah itu diarakamkan sebelum  pasukan mereka bersorak gembira di atas kejayaan tersebut.
 

 

Must-Watch Video

Advertisement