Menjelang tayangan filem Abang Long Fadil 3 pada 8 September kelak, klip video runut bunyi bagi naskhah berkenaan, Payung juga bakal dilancarkan dalam masa dua hari lagi.
Menerusi kemas kini Instagram Zizan Razak, pelakon yang memegang watak Fadil itu berkongsi sedutan klip video yang turut menampilkan penyanyi dan heroin, Elizabeth Tan.
“Lagi dua hari kita orang nak payung korang klip video rasmi Payung. Dah ready ke belum? Stay tuned to channel YouTube Rocketfuel Network guys!” tulisnya.
Viral
[VIDEO] “Dah Ready Ke Belum?” Ramai Teruja Nantikan Klip Video OST Abang Long Fadil 3, Payung