Skip to main content

Viral

Video Dipuji Ryan Reynolds, Sofyank; "Terkejut, Menjerit-Jerit Saya Masa Nak Berbuka Puasa!"

sofyank-ryan-header.jpg

Pempengaruh dan editor yang terkenal dengan skill suntingan kesan visual video (vfx), Sofyank terkejut dan tidak menyangka hasil karyanya mendapat perhatian daripada bintang ternama Hollywood, Ryan Reynolds.

Kata Sofyank atau nama sebenarnya Mohamad Sofian Abdullah, 26, dia menyedari Ryan mengulang siar video ciptaannya pada Isnin lalu apabila mendapat notifikasi tanpa henti di Twitter ketika waktu berbuka puasa.

"Saya tengah makan berbuka puasa dengan kawan-kawan. Tiba-tiba notifikasi Twitter saya naik dan saya semak apa yang sedang berlaku.

"Rupa-rupanya ada orang quote 'Sofyank tengok ni'. Dalam tu ada nama Ryan dan bila buka paaap rupa-rupanya ada video saya dalam tu.

"Saya menjerit, kawan-kawan di sebelah terkejut. Kami tak sangka sebab video itu saya dah letak di media sosial sudah tiga hari dan hari ketiga baru dia perasan. Saya ingatkan mungkin dah tak ada peluang untuk tunjuk kat dia.

"Tugasan kami pada mulanya untuk buat video sahaja bersama content creator lain, bila Ryan retweet tu saya anggap rezeki terpijak," katanya kepada Gempak.

Video yang dihasilkan Sofyank memaparkan dirinya menaiki hoverboard untuk memasuki portal seperti salah satu babak dalam filem sains fiksyen, The Adam Project sebelum akhirnya bertemu dan duduk bersebelahan dengan Ryan.

Puji Ryan apabila menyaksikan video terbabit; "Saya rasa ini telah menetapkan piawaian yang tidak adil untuk temubual tergesa-gesa selama 4 minit."
 

I think this sets an unfair standard for 4 minute junket interviews. https://t.co/IDvhhGsv2O

Must-Watch Video

Advertisement