Pelakon Datuk Sri Eizlan Yusof tampil membuat laporan polis mengenai isu projek Pameran Hantu Filem anjuran Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) di Balai Polis Ampang siang tadi.
Menerusi muat naik di Instagram, Eizlan berkata tindakan tersebut dibuat susulan tiada kenyataan balas yang dikeluarkan oleh pihak Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) mengenai isu projek berkenaan.
“Tanya chairman, ceo Finas Malaysia buat diam je kan, tidak apa. Saya juga saluran perundangan untuk buat Finas membuka bicara. Ada yang kata fitnah, takpe lah, nanti kita tengok,” tulisnya pada kapsyen.
Eizlan turut berkongsi foto dirinya bergambar di depan balai polis sambil memegang kertas laporan di tangannya.
Viral
[VIDEO] Eizlan Yusof Buat Laporan Polis, Bongkar Isu Penyelewengan Orang Kuat Finas Dalam Projek Hantu Filem!