Skip to main content

Viral

[VIDEO] ‘Kembali’ Menyanyi Bersama Inteam, Netizen Puji Kelunakan Suara Suhaimi Saad - “Sedap Wei Suara Dia”

suhaimi.jpg

Umum mengetahui, selebriti kontroversi, Suhaimi Saad merupakan bekas anggota kumpulan nasyid Inteam.

Pernah menganggotai kumpulan tersebut bermula tahun 1999, Suhaimi kemudian mengambil keputusan untuk mengundurkan diri pada 2005.

Namun, baru-baru ini, viral di platform TikTok sepotong video yang menampilkan Suhaimi ‘kembali’ menyanyi bersama empat anggota Ineam lain iaitu Syah, Hazamin, Hisyam dan Rahim.

Menerusi ruangan kapsyen akaun rasmi milik Inteam, Suhaimi dan empat lagi yang lain menjayakan persembahan bersama sempena dengan majlis perkahwinan pengurus kumpulan itu.

Impian kasih LIVE di majlis perkahwinan pengurus kami. Biasa kami nyanyi berempat, kali ni berlima???. Cuba teka kami berduet dgn siapa??

Must-Watch Video

Advertisement