Pengasas jenama batik tempatan, Raifili, Siti Fitryah Harun, 32, kecewa dengan sikap segelintir netizen yang sengaja mencari kesalahan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang memakai kemeja jenama mewah seperti yang tular baru-baru ini.
Kata Siti Fitryah menerusi hantaran di akaun TikToknya, MamaCT RAIFILI, dakwaan netizen bahawa Ismail Sabri terlalu mengagungkan jenama mewah antarabangsa kurang tepat.
Malah, Ismail Sabri sendiri pernah mengenakan baju rekaannya ketika sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) yang berlangsung di Melaka hujung Mei lalu.
"Harganya pula jauh lebih murah daripada pakaian jenama mewah seperti yang tular itu," pintas pengasas Raifili itu.