Skip to main content

Viral

[VIDEO] Lan Solo Ditegur Biarkan Anak Lincah Menari - “Eloklah Sangatlah Ajar Anak Terkinja-Kinja”

lan-solo-anak.jpg

Sejak munculnya pelbagai platform media sosial, kandungan yang dihasilkan oleh pengguna juga semakin meningkat.

Ada yang berkongsi tentang rutin harian, perihal kulinari dan tidak kurang juga yang menunjukkan bakat nyanyian serta tarian.

Mungkin hal itu yang dirasakan oleh penyanyi Lan Solo. Menerusi kemas kini terbaharu di Instagram, Lan memuat naik rakaman video TikTok yang menampilkan anak sulungnya menari sambil diiringi lagu.

Turut kelihatan, isterinya Sheila juga mengambil kesempatan untuk turut ikut menari bersama di belakang.

“Morning guys. Nah, video semangat pagi daripada anak sulung aku. Kot-kot ada yang lesu masuk office bolehlah try step ni, confirm urat sendi longgar,” katanya pada ruangan kapsyen.
 

Must-Watch Video

Advertisement