Biarpun masih dalam proses penyembuhan selepas menjalani pembedahan bibir dan membuang halkum minggu lalu, penyanyi dan pempengaruh Indonesia, Lucinta Luna sempat melaksanakan ibadah korban.
Berkongsi perkara terbabit di Instagram, Lucinta atau nama sebenarnya Muhammad Fatah menyedekahkan seekor lembu kepada jiran tetangganya di Indonesia.
"Alhamdulillah, semua tetangga di kampungku senang kedatangan sapiku. Saatnya giliran kamu dikorban selepas mama (panggilan diri sendiri). Mama sayang kamu nak," tulis Lucinta berserta hantaran beberapa potong video.
Viral
[VIDEO] Lucinta Luna Sedekah Lembu Korban Untuk Jiran Tetangga, Masih Recover Selepas Bedah Buang Halkum