Skip to main content

Viral

[VIDEO] Minat Lori Sampah, Netizen Sebak Kanak-Kanak Ini Hargai Pekerja Pembersihan - “Kerja Angkat Sampah Baik..”

untitled-design-2022-06-02t122915-503.jpg

Gara-gara anak terlalu minat dengan lori sampah, seorang ibu menerima pujian wargamaya apabila mendedahkan anak-anaknya dengan pekerja pembersihan atau lebih mesra dipanggil sebagai tukang angkut sampah. 

Menerusi platform TikTok, seorang ibu yang dikenali sebagai Eyja Rahim memuat naik video anak-anaknya menegur seorang tukang angkut sampah ketika individu tersebut sedang menjalankan kerjanya. 

Menurut Eyja, anaknya menggelarkan kerja mengangkut sampah sebagai baik kerana meraka melakukannya dengan penuh komited dan kasih sayang. 

“Bila anak terlalu minat dengan lori sampah. Setiap kali bunyi lori sampah, dia ajak jumpa abang ni. Dia kata besar nanti nak kerja kutip sampah macam abang ni. 

“Akhirnya dia dapat jumpa abang ni. Dia nak berterima kasih dengan abang ni dan hari ni dia terlalu gembira sebab abang ni sporting sangat. Terima kasih ‘abang lori sampah’ melayan karenah anak-anak kami,” tulisnya di dalam hantaran video yang dimuat naik. 

Menerusi perkongsian berdurasi kurang satu minit itu, dua kanak-kanak terbabit ditemani bapanya pergi menghampiri pekerja pembersihan tersebut untuk tujuan bergambar. 
 

Dia kata "kerja angkat sampah baik. Kasih sayang." Terima kasih 'abang lori sampah' melayan kerenah anak kami. ❤️✨

Must-Watch Video

Advertisement