Skip to main content

Viral

[VIDEO] Netizen Terkesima Dengan ‘Mat Kilau’ Alunkan Surah Ar-Rahman - “Masya-Allah Cukup Makhraj Dengan Sifat Huruf”

mat-kilau-mengaji.jpg

Umum mengetahui filem epik Mat Kilau arahan Syamsul Yusof meraih kejayaan yang luar biasa sejak ia ditayangkan. Selepas hampir sebulan diluncurkan di layar lebar, filem berkenaan dengan pahlawan negeri Pahang itu sudah pun meraih kutipan melebihi RM80 juta.
Hal ini bukan sahaja memberi rekod baharu kepada Syamsul sebagai pengarah, bahkan turut mencetuskan rasa bangga dalam kalangan para pelakon dan juga kru yang terlibat dalam penggambaran filem berkenaan.

Pelakon yang memegang tonggak utama, Datuk Adi Putra juga tidak terlepas daripada menerima komen daripada penonton. Ada segelintir yang merasakan Adi merupakan calon yang sesuai untuk membawakan watak berkenaan dan ada juga yang berkata sebaliknya.

Sungguhpun begitu, Adi tidak pernah terkesan dengan perbandingan tersebut dan terus melihat ia sebagai satu hal yang negatif.

Terbaharu, nama Adi sekali lagi viral apabila video yang memperlihatkannya membawa Al-Quran viral di laman TikTok. Difahamkan, menerusi video tersebut, Adi mengalunkan surah Ar-Rahman.
 

 

Must-Watch Video

Advertisement