Sejak musibah banjir melanda beberapa negeri di Malaysia tahun lalu, nama Abang Viva begitu dekat dengan masyarakat setempat.
Hanya menggunakan kenderaan jenis Perodua Viva, pemilik nama sebenar, Azwan Omar itu sanggup turun ke negeri-negeri yang terkesan dan secara sukarela membantu mereka mangsa-mangsa terlibat.
Hal ini tidak hanya meringankan beban mangsa, malah namanya sebagai sukarelawan turut menjadi sorotan baik dalam kalangan netizen mahupun media.
Begitupun, menerusi sepotong video yang dipercayai rakaman siaran langsung yang diterbitkan oleh isterinya, Abang Viva meluahkan perasaan mengenai respons terhadap situasi banjir yang kini kembali melanda negara.