Skip to main content

Trend Pasaran

[VIDEO] Selamba Petik Gitar Pada Majlis Perkahwinan, Kakak Kepada Pelakon Lelaki Popular Ini Pukau Netizen!

nureen-main-gitar.jpg

Resepsi perkahwinannya berlangsung pada 23 Disember lalu, namun, video memperlihatkan Nureen Qistina memetik gitar dan mengalunkan lagu rock popular, Canon kembali tular dalam kalangan pengguna media sosial.

Menerusi video berkenaan, Nureen yang mengenakan gaun putih dilihat begitu profesional, seperti sudah begitu arif dengan instrumen berkenaan.

Bagi yang tidak mengenali Nureen, wanita berusia 29 tahun itu merupakan bekas anggota kumpulan Xpose Band.

Gitar buatan Gibson, edisi khas ulang tahun ke-10 model gitar bentuk itu merupakan hadiah istimewa daripada ayah Nureen atas kecemerlangannya dalam bidang muzik sewaktu beliau masih menuntut pengajian muzik di Universiti Teknologi Malaysia (UiTM), Shah Alam.

Untuk rekod, Nureen merupakan kakak kepada pelakon popular, Hun Haqeem.

Sumber: Berita Harian Singapura

 

Must-Watch Video

Advertisement