Komen jelik yang dilemparkan kepada penyanyi, pelakon dan usahawan Tya Ariffin membabitkan jamu Mutyara yang diusahakan baru-baru ini, mendapat maklum balas negatif dalam kalangan warganet.
Kebanyakan mereka tidak bersetuju dengan komen yang ditulis selain menyifatkan ia tindakan yang sengaja untuk menjatuhkan maruah dan mencemarkan imej baik perniagaan dibina Tya Arifin.
Bukan sahaja dalam kalangan warganet dan pengguna setia jamu Mutyara, pelakon Anna Jobling yang popular menerusi drama Melur Untuk Firdaus turut menyanggah komen yang disifatkan sengaja mahu menutup periuk nasi orang.
Anna, 22, atau nama sebenarnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman berkata, dia antara pengguna yang sudah merasai sendiri jamu itu.
"Baru-baru ini saya baca artikel yang cakap jamu Mutyara ini pahit. Tapi, sebenarnya yang cakap macam itu tak pernah cuba. Sebenarnya saya dah cuba dan tak pahit langsung. Tapi tak tahu kenapa orang cakap macam itu sebab rasanya manis.
"Rasa manisnya bukanlah manis buatan, tapi manis daripada bahannya seperti kurma, madu, delima dan habatus sauda. Rasanya sangat bagus dan tak pahit langsung. Sebelum nak komen, cuba dulu. Tak baik tutup periuk nasi orang," katanya dalam hantaran video dimuat naik di Instagram.