Penyanyi baharu, Aiden Daniel tidak menganggap usia 30 tahun sudah terlambat untuk bergelar artis apatah lagi digelar 'budak baru nak up' (BBNU).
Kata Aiden atau nama sebenarnya Muhammad Amirul Abdul Rahim, yang juga anak didik komposer, Zul 2By2 sebagai bakat baharu gelaran BBNU itu relevan kepadanya yang baru bermula dalam muzik perdana dan masih 'hijau'.
"Saya menyanyi kerana minat dan dah 'start' sejak kanak-kanak lagi dengan menyertai pelbagai pertandingan karaoke. Cuma, baru sekarang saya dapat rezeki untuk jadi penyanyi rakaman yang ada single sendiri.
"Jadi, saya tak kisah pun kalau dipanggil penyanyi BBNU walaupun usia macam dah tak sesuai. Bagi saya, ia (usia) hanya angka dan syukur Alhamdulillah, yang pasti rezeki saya jadi penyanyi secara serius sudah tiba," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran single Sampai Masa di ibu kota, baru-baru ini.
Viral
[VIDEO] "Umur 30 Tahun Tak Terlambat Kalau Nak Digelar BBNU" - Aiden Daniel Tak Nak Buat Gimik Pelik-Pelik!