Skip to main content

Viral

[VIDEO]“Apa Yang Kau Dah Lalui Seribu Kali Ganda Susah Daripada…”- Terus Bangkit, Aaron Aziz Beri Kata Semangat Pada Fuad Rahman

fuadrahmanaaron.jpg

Pelakon Aaron Aziz tampil memberi kata-kata semangat kepada peserta Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9), Fuad Rahman selepas dilihat menitiskan air mata ketika menyanyikan lagu Layang Layang Terputus Talinya pada konsert baru-baru ini kerana teringat kisah silam dipenjara akibat penyalahgunaan dadah.

Aaron yang juga anak seni berasal dari Singapura itu meminta agar Fuad terus bangkit dan pedulikan kata-kata negatif.

“Khas untuk my bro my blood Fuad Rahman. Bro lantak lah juri nak cakap apa,air mata buaya, air mata sungai ke apa sekalipun yang penting tugas kamu jangan biarkan kata-kata itu memakan diri.

“Kamu tahu siapa yang ada sentiasa menyokong kamu jadi buat yang terbaik.

“Beginilah hidup, ada orang yang akan melukakan kita dan ada juga yang memuji kita. Kadang-kadang kita dapat sokongan tapi kadang-kadang dapat kutukan juga, itu normal. Hanya masuk telinga kiri dan keluar telinga kanan.

“Apa yang sudah kau dan aku lalui selama ni aku rasa seribu kali ganda susah dari apa yang sudah kita kecapi sekarang," katanya.

Aaron memberi kata-kata itu dalam satu video yang dimuat naik ke akaun Instagram miliknya.

Tambah Aaron dia berharap agar Fuad terus memberikan yang terbaik untuk konsert GV9 akan datang.

“Apa yang orang cakap jangan beri kesan kepada persembahan nanti. Do your best and don't be nervous. Keep up a good work,” tambahnya lagi.

Dalam persembahan Ahad lalu, Fuad terkenang kisah silamnya yang pernah menjalani hukuman penjara sebanyak tiga kali atas kesalahan mengambil dadah.

Fuad kemudian mengambil keputusan untuk keluar dari dunia gelap itu selepas ibunya yang berusia 81 tahun datang melawat ke penjara di Singapura.

GV9 yang mula bersiaran 18 September dari Auditorium MBSA Shah Alam menampilkan Nabil Ahmad dan Elly Mazlein sebagai pengacara.
 

Must-Watch Video

Advertisement