Pelakon Datuk Adi Putra hanya mengucapkan terima kasih secara sinikal apabila fotonya bersama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak disunting menjadi poster promosi filem sensasi, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan.
Malah Adi Putra atau nama lengkapnya Hadi Putera, 41, sempat menyindir individu berkenaan agar bersifat matang dalam berpolitik.
“Politik biarlah matang. Apa pun terima kasih kerana mempromosi gambar saya dan filem asal,” katanya.
Adi memuat naik serta memberi respon ke atas video suntingan berkenaan di akaun Instagram miliknya.
Dalam masa yang sama Adi turut menyindir individu tersebut mengenai perbezaan akal dan nafsu dalam sesuatu tindakan.
“Allah SWT adalah kekuatan kita. Jika ingin mencari kekuatan, carilah Allah.
“Itulah perbezaan antara akal dan Nafsu. Al-Fatihah buat Allahyarham Mat Kilau Imam Rasu, takbir!” tegasnya.
Video suntingan yang menunjukkan poster Mat Kilau di Netflix itu dimuat naik semula dari IG @kuasaiswa yang difahamkan disunting oleh pereka grafik dan aktivis popular, Fahmi Reza.
Viral
[VIDEO]“Politik Biarlah Matang”- Mat Kilau Jadi Mat Sakau, Adi Putra Ucap Terima Kasih Kerana…