Skip to main content

Trend Pasaran

Viral Resepi Kurma Campur Mentega Untuk Berbuka Puasa, Ini Penjelasan Dr Zulkifli Al-Bakri Tentang Khasiatnya!

untitled-design-(76)_1.jpg

Bila sebut sahaja tentang Ramadan, buah kurma semestinya sesuatu makanan yang sinonim dan paling banyak disajikan ketika sahur mahupun berbuka puasa.

Ini kerana pengambilan buah tersebut ketika bulan penuh barakah itu merupakan salah satu daripada sunnah Rasulullah SAW yang mudah untuk dicontohi oleh umat Islam.

Menerusi entri terbaharu di Platform X yang dibuat oleh ulama dan bekas ahli Dewan Negara Malaysia, Datuk Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkongsi resepi sempena Ramadan iaitu kurma dan mentega yang difahamkan disukai oleh Rasulullah SAW.

‎”Bagi yang belum cuba, boleh buat untuk berbuka puasa.

‎”Dari Abdullah ibn Busr dan Atiyyah ibn Busr, mereka berkata:

‎“Rasulullah SAW telah masuk ke rumah kami. Lalu kami menyediakan mentega dan tamar. Baginda menyukai mentega dan tamar. (Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah),” tulisnya di ruangan kapsyen.

Must-Watch Video

Advertisement