Tinggal beberapa hari sahaja lagi kita bakal menyambut Hari Raya Aidil Adha. Sudah pasti, ramai dalam kalangan umat Islam sudah mula pulang ke kampung halaman, bersedia untuk menyambut kedatangan hari yang mulia.
Namun, tahukah anda mengenai Hari Arafah? Hari Arafah jatuh sehari sebelum Hari Raya Aidiladha, yang pada waktu itu terdapat waktu wukuf.
Seperti yang diriwayatkan dalam beberapa hadis sahih, doa pada waktu wukuf di Arafah adalah waktu berdoa yang paling mustajab dan yang paling dekat untuk dimakbulkan.
Mengikut kalendar Islam, waktu wukuf pada tahun ini bermula selepas gelincir matahari pada 9 Zulhijjah sehingga tenggelam matahari waktu Maghrib.
Bagi umat Islam yang tidak mengerjakan ibadah haji, peluang untuk berdoa di lokasi masing-masing boleh diambil sepanjang tempoh tersebut, mengikut zon tempat mereka berada.
Waktu wukuf di Malaysia 2024, waktu wukuf di Mekah
Menurut perkongsian oleh Tabung Haji, tarikh wukuf 2024 adalah pada 15 Jun 2024 manakala pada Isnin, 17 Jun 2024 umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha.
Bagi yang berada di Malaysia, puasa sehari sebelum iaitu pada 15 Jun 2024 (Sabtu) adalah puasa hari Tarwiyah manakala puasa pada 16 Jun 2024 (Ahad) dikira puasa Arafah.
Berikut merupakan contoh doa hari Arafah:

Sumber: Ecentral