Ketiadaan lesen memandu oleh penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz nampaknya menjadi ‘bahan’ usikan warganet di media sosial.
Menerusi satu hantaran di TikTok, seorang wanita membuat hantaran lucu berhubung perkara itu dengan menyatakan persaingannya untuk mendapatkan lesen memandu sebelum Aliff Aziz.
“Akhirnya dapat belajar memandu jadi saya boleh dapatkan lesen sebelum Aliff Aziz,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa terhibur dan turut serta berseloroh tentang topik yang diperkatakan.
“Aliff dah lulus ujian komputer. Cepat kak!”
“Kak dengar kata Aliff minggu depan dah test JPJ,”
“Aliff Aziz is shaking,”
“Aku tak buat lagi ni, kena kejar Aliff Aziz.”
Sekadar info, tangkap layar perbualan Aliff Aziz bersama Ruhainies yang menyatakan dirinya tidak mempunyai lesen memandu sebelum ini menjadi tular dek kerana kemelut rumah tangganya yang sedang hangat diperkatakan.
Dalam perbualan itu, dapat dilihat Aliff meluahkan hasrat untuk memulangkan kembali kereta milik Bella selain memberitahu bahawa dirinya tidak tahu bagaimana cara untuk membayar ansuran kenderaan tersebut kerana tidak mempunyai lesen memandu.