Selepas lima minggu bersiaran, esok barisan peserta program realiti Suara Viral bakal membuat persembahan di konsert suku akhir.
Pada malam itu nanti, enam peserta yang masih meneruskan perjuangan, Ameem, Farah, Jerry, Bella, Soffwany dan Boy akan berentap bagi melayakkan diri ke peringkat separuh akhir.
Istimewanya, pada peringkat suku akhir esok, kesemua peserta akan melakukan tugasan berduet bersama artis.
Apa yang pasti, kesemua penyanyi yang bakal berduet bersama para peserta bukan calang-calang.
Artis yang berpadu suara bersama mereka ialah Wany Hasrita, Aina Abdul, Haqiem Rusli, Khai Bahar, Naqiu dan Fieya Julia.