Penyanyi yang sinonim dengan lagu-lagu dangdut, Mas Idayu tampil dengan lagu terbaharu berjudul 'Harum Mekar Di Hati'.
Lagu bergenre pop rock itu mendapat sentuhan komposer popular Ajai dan menonjolkan keampuhan vokal Mas Idayu melantunkan lagu dalam genre berbeza.
"Lagipun saya memang penyanyi serba boleh. Daripada dulu saya memang sudah menyanyi pelbagai jenis genre lagu," katanya kepada Gempak.
Mas Idayu ditemui pada majlis pelancaran lagu Harum Mekar Di Hati di Damansara baru-baru ini memberitahu, idea menghasilkan lagu itu demi mencipta kelainan yang mampu menarik perhatian generasi muda tanpa mengetepikan peminat setia.
“Bila saya mendengar lagu ini, saya tahu ini bukan hanya tentang muzik, tetapi bagaimana saya boleh memberikan dimensi baharu kepada diri saya sendiri sebagai artis. Itu lebih penting.
"Itu kreadibiliti yang saya mahu keluarkan," ringkas Mas Idayu.
Lagu 'Harum Mekar Dihati' telah dilancarkan pada 6 Disember lalu di semua platform digital.