Skip to main content

Budaya Popular

“Yang Ini Approved!” - Netizen Suka Lihat Telatah Comel Bella Astillah & Syed Saddiq Membebel, Berdebat Dalam Kereta

astrogempak_netizen_suka_syed_saddiq_bella_astillah.jpg

Tular di aplikasi TikTok, pelakon dan penyanyi Bella Astillah memuat naik videonya bersama ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq. 

Menerusi video berdurasi satu minit 57 saat itu, Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 30, dilihat reda mendengar bebelan daripada Syed Saddiq kerana dia takut untuk memandu keretanya sendiri.

Telatah lucu itu berterusan kerana jawapan yang diberikan daripada aktres tersebut mencetuskan perbalahan manja antara mereka berdua. 


Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat mereka, malah ada juga yang mendoakan agar Bella dan Saddiq berjodoh.

Antara komen  yang ditinggalkan adalah:



Sekadar info, Bella Astillah dan Aliff Aziz mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan sah bercerai buat kali kedua pada 13 Jun tahun lalu. 

Sebelum ini, mereka pernah berpisah pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk semula dalam tempoh idah.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna. 

Must-Watch Video

Advertisement